Jul 26

Cuti Umum Nuzul Al-Quran 26 Julai 2013

Jul 24

Peperiksaan Percubaan PMR 2013

Tarikh: Mulai 24/07/2013 hingga 31/07/2013

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid tingkatan 3 dan semoga berjaya.

Jul 06

Sambutan Hari Kokurikulum & hari Koperasi 2013

Tarikh : 6 Julai 2013

Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Padang Sekolah

Dirasmikan oleh : Pn. Lau Mei Suen, Pengetua SMK St. Bernadette's Convent

Tentatif Program

7.00 – 6.45 pagi           Pelajar berkumpul di padang

7.45 – 8.00 pagi           Ketibaan perasmi dan jemputan (Pn. Pengetua)

8.00 pagi                      – Nyanyian lagu Negaraku       

                                       – Nyanyian lagu sekolah

                                       – Nyanyian dan semangat koperasi

                                       – Bacaan doa

                                       – Ucapan perasmian

                                       – Gimik perasmian dan tanam pokok

8.30 pagi                       Demonstrasi

                                        – Bacaan syair

                                        – Silat

                                        – Taekwando

                                        – Kadet polis

                                        – KRS

9.00 pagi                       Perasmi dan tetamu mengunjungi gerai-gerai jualan

9.30 pagi                       Persembahan

                                       – Tarian Gamelan (Kelab Kesenian dan Kebudayaan)

                                       – Tarian Moden India

                                       – Tarian Endang (Kelab Kesenian dan Kebudayaan)

                                       – Tarian Isyarat Tangan Cina

                                       – Tarian K-pop (Kelab Kesenian dan Kebudayaan)

                                       – Tarian Klasik India

                                       – Traian Tradisional Cina

                                       Pertandingan permainan bola baling

11.30 – 12.00 t/hari     Mengemas dan bersurai

     

May 05

Cuti Umum Hari Pekerja

May 03

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 mulai :

  • Tingkatan 5  – 07/05/2013 (Selasa)
  • Tingkatan 4 – 09/05/2013 (Khamis)
  • Tingkatan 3 – 13/05/2013 (Isnin)
  • Tingkatan 1 & 2 –  17/05/2013 (Jumaat)

Apr 28

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

 Hari      : Sabtu

Tarikh   : 27 April 2013

Masa     : 9.00 pagi

Sasaran : Semua guru, staf dan murid sesi pagi

 

              Satu latihan kebakaran telah diadakan pada 27 April 2013 melibatkan semua warga sesi pagi SMK St. Bernadette’s Convent, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Latihan kebakaran kelolaan Unit Keselamatan ini adalah yang pertama kali pada tahun ini. Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.

                Semasa latihan kebakaran ini, buku Rekod Kedatangan Pelajar telah dikutip sepenuhnya untuk tujuan penyemakan dan didapati tiada pelajar yang terperangkap. Guru, staff dan pelajar diingatkan bahawa latihan ini sangat penting sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran. Warga sekolah juga diingatkan supaya sentiasa peka pada papan tanda arah dan dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca papan maklumat tentang tatacara keselamatan dan kawad kecemasan yang terdapat di setiap kelas.

           Dalam latihan tersebut, murid-murid telah mengambil masa tidak sampai tiga minit untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di padang sekolah. Pergerakan mereka ke padang turut diiringi oleh guru masing-masing yang bertanggungjawab memastikan segala prosedur dipatuhi dan tiada murid yang terperangkap dalam kelas.

            Encik Ahmad selaku pegawai di Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Perak telah memberi taklimat tentang latihan tersebut sebaik semua warga sekolah berada di tempat perkumpulan. Selepas itu diadakan demonstrasi memadamkan kebakaran. Murid-murid dan guru turut berpeluang menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran.

            Tahniah kepada Unit Keselamatan yang telah mengambil inisiatif melakukan latihan kebakaran tersebut. Semoga latihan itu dapat memberi panduan berguna kepada warga SMK St. Bernadette’s Convent ketika menghadapi saat-saat kecemasan pada masa akan datang.

 

# Ketibaan pasukan bomba cawangan Batu Gajah.

 

# Penjelasan awal berkaitan latihan kebakaran dari pihak pentadbir.

 

 

 # Taklimat latihan kebakaran oleh pegawai bomba.

 

# Demonstrasi memadamkan kebakaran.

 

# Percubaan memadamkan api oleh Cik Aini Mazmira.

 

# Puan Manimala memberikan cubaan memadamkan api.

 

# Wakil murid dalam sesi cubaan memadamkan api

 

# Penerangan ringkas berkaitan peralatan di dalam jentera bomba.

Mar 11

Merentas Desa…

Pada 09/03/2013 yang lalu, program Merentas Desa 2013 telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Program bertempat di padang sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK St. Bernadette's Convent Encik Ir. K. Chandrasekaran, PPT.

Aturcara program bermula dengan ketibaan pegawai – pegawai teknikal melaporkan diri pada jam 7.20 pagi. Tepat jam 7.30 pagi, sedikit taklimat ringkas diberikan kepada pelajar manakala pegawai teknikal dan petugas bergerak ke checkpoint masing-masing. Kemudian, aktiviti senamrobik dilakukan sebagai aktiviti memanaskan badan.

 

Pada jam 7.45 pagi ketibaan Yang Dipetua PIBG dan majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perasmian oleh perasmi. Tepat jam 8.00 pagi, program merentas desa bermula dengan pelepasan murid kelas A, diikuti dengan pelepasan murid kelas B pada pukul 8.05 pagi dan 5 minit kemudiannya pelepasan murid kelas C.

 

 

Berikut adalah trek merentas desa sekitar kampung Ara Payung yang dianggarkan jaraknya sejauh 3.7 kilometer dan beberapa gambar sepanjang program ini berlangsung.

 

Lebih kurang jam 10.00 pagi, majlis pun bersurai. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, Puan Pengetua, Pegawai Polis Trafik IPD Batu Gajah, Hospital Batu Gajah, AJK PIBG, Puan Wan Sepiah mantan PK Pentadbiran dan seluruh warga sekolah serta semua pihak dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Merentas Desa SMK St. Bernadette's Convent bagi tahun 2013. Moga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Mar 07

Khidmat Bantu Bilik Komputer

Pada jam 9.20 pagi, juruteknik PKG Batu Gajah, En. Mohd Hafiz telah berkunjung ke sekolah bagi sesi khidmat bantu bilik komputer yang mengalami masalah rangkaian dan penyelenggaraan komputer. Atas bantuan yang diberikan, masalah rangkaian untuk beberapa buah komputer dapat diselesaikan setelah penggantian RJ-45 dilakukan pada kabel yang berkaitan. Beberapa buah komputer yang rosak tidak dapat diselenggara kerana memerlukan penggantian peralatan tersebut. Bantuan yang diberikan amatlah kami hargai. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan.

Mar 07

Pameran Kerjaya (Education Fair)

  

Mar 04

Minggu Kerjaya 2013

Aturcara Majlis Minggu Kerjaya 2013 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling

Older posts «