«

»

Feb 28

Majlis Perpisahan Pn. Wan Sepiah

 

Bertempat di Dewan Sekolah, satu Majlis Perpisahan Pn Wan Sepiah binti Wan Din, PK Pentadbiran telah pun diadakan secara ringkas pada 28/02/2013 yang lalu jam 11.30 pagi. Beliau akan menyambungkan tugasnya di SMK Tiwa bermula 1hb Mac 2013. Pertukaran beliau ini amat dirasai kerana sepanjang perkhidmatan beliau lebih daripada 3 tahun di SMC, beliau merupakan seorang pentadbir yang amat berdedikasi terhadap tugas, mesra, penyayang dan prihatin dengan seluruh warga Convent. Semoga memori indah yang dibina di sini akan terus kekal selamanya walau di mana jua beliau berada. Terima kasih atas segala-galanya. Moga beliau lebih sukses dan terus cemerlang di masa hadapan.

Jika ada sumur di ladang,

boleh kita menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang,

jemputlah datang jenguk-jenguk kami di sini.

Sayonara… 🙁