«

»

Mar 11

Merentas Desa…

Pada 09/03/2013 yang lalu, program Merentas Desa 2013 telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Program bertempat di padang sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK St. Bernadette's Convent Encik Ir. K. Chandrasekaran, PPT.

Aturcara program bermula dengan ketibaan pegawai – pegawai teknikal melaporkan diri pada jam 7.20 pagi. Tepat jam 7.30 pagi, sedikit taklimat ringkas diberikan kepada pelajar manakala pegawai teknikal dan petugas bergerak ke checkpoint masing-masing. Kemudian, aktiviti senamrobik dilakukan sebagai aktiviti memanaskan badan.

 

Pada jam 7.45 pagi ketibaan Yang Dipetua PIBG dan majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perasmian oleh perasmi. Tepat jam 8.00 pagi, program merentas desa bermula dengan pelepasan murid kelas A, diikuti dengan pelepasan murid kelas B pada pukul 8.05 pagi dan 5 minit kemudiannya pelepasan murid kelas C.

 

 

Berikut adalah trek merentas desa sekitar kampung Ara Payung yang dianggarkan jaraknya sejauh 3.7 kilometer dan beberapa gambar sepanjang program ini berlangsung.

 

Lebih kurang jam 10.00 pagi, majlis pun bersurai. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, Puan Pengetua, Pegawai Polis Trafik IPD Batu Gajah, Hospital Batu Gajah, AJK PIBG, Puan Wan Sepiah mantan PK Pentadbiran dan seluruh warga sekolah serta semua pihak dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Merentas Desa SMK St. Bernadette's Convent bagi tahun 2013. Moga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.