«

»

Apr 28

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

 Hari      : Sabtu

Tarikh   : 27 April 2013

Masa     : 9.00 pagi

Sasaran : Semua guru, staf dan murid sesi pagi

 

              Satu latihan kebakaran telah diadakan pada 27 April 2013 melibatkan semua warga sesi pagi SMK St. Bernadette’s Convent, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Latihan kebakaran kelolaan Unit Keselamatan ini adalah yang pertama kali pada tahun ini. Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.

                Semasa latihan kebakaran ini, buku Rekod Kedatangan Pelajar telah dikutip sepenuhnya untuk tujuan penyemakan dan didapati tiada pelajar yang terperangkap. Guru, staff dan pelajar diingatkan bahawa latihan ini sangat penting sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran. Warga sekolah juga diingatkan supaya sentiasa peka pada papan tanda arah dan dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca papan maklumat tentang tatacara keselamatan dan kawad kecemasan yang terdapat di setiap kelas.

           Dalam latihan tersebut, murid-murid telah mengambil masa tidak sampai tiga minit untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di padang sekolah. Pergerakan mereka ke padang turut diiringi oleh guru masing-masing yang bertanggungjawab memastikan segala prosedur dipatuhi dan tiada murid yang terperangkap dalam kelas.

            Encik Ahmad selaku pegawai di Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Perak telah memberi taklimat tentang latihan tersebut sebaik semua warga sekolah berada di tempat perkumpulan. Selepas itu diadakan demonstrasi memadamkan kebakaran. Murid-murid dan guru turut berpeluang menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran.

            Tahniah kepada Unit Keselamatan yang telah mengambil inisiatif melakukan latihan kebakaran tersebut. Semoga latihan itu dapat memberi panduan berguna kepada warga SMK St. Bernadette’s Convent ketika menghadapi saat-saat kecemasan pada masa akan datang.

 

# Ketibaan pasukan bomba cawangan Batu Gajah.

 

# Penjelasan awal berkaitan latihan kebakaran dari pihak pentadbir.

 

 

 # Taklimat latihan kebakaran oleh pegawai bomba.

 

# Demonstrasi memadamkan kebakaran.

 

# Percubaan memadamkan api oleh Cik Aini Mazmira.

 

# Puan Manimala memberikan cubaan memadamkan api.

 

# Wakil murid dalam sesi cubaan memadamkan api

 

# Penerangan ringkas berkaitan peralatan di dalam jentera bomba.