Feb 28

Majlis Perpisahan Pn. Wan Sepiah

 

Bertempat di Dewan Sekolah, satu Majlis Perpisahan Pn Wan Sepiah binti Wan Din, PK Pentadbiran telah pun diadakan secara ringkas pada 28/02/2013 yang lalu jam 11.30 pagi. Beliau akan menyambungkan tugasnya di SMK Tiwa bermula 1hb Mac 2013. Pertukaran beliau ini amat dirasai kerana sepanjang perkhidmatan beliau lebih daripada 3 tahun di SMC, beliau merupakan seorang pentadbir yang amat berdedikasi terhadap tugas, mesra, penyayang dan prihatin dengan seluruh warga Convent. Semoga memori indah yang dibina di sini akan terus kekal selamanya walau di mana jua beliau berada. Terima kasih atas segala-galanya. Moga beliau lebih sukses dan terus cemerlang di masa hadapan.

Jika ada sumur di ladang,

boleh kita menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang,

jemputlah datang jenguk-jenguk kami di sini.

Sayonara… 🙁

 

 

Feb 04

LADAP ke – 2

 

Tarikh : 02/02/2013 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi – 1.30 petang

Tempat : Bilik Media

Jan 23

Ceramah Maulidur Rasul

Masa : 12.30 t/hari – 2.00 petang

Penceramah : Ustaz Mohd Shir Afzal Khan bin Haji Mohd Tamin, SK Malim Nawar

Jan 22

Hari Lencana

Tarikh : 21 Januari 2013

Masa : 7.30 pagi 

Aturcara Majlis 

7.15 pagi : Pelajar berhimpun

7.30 pagi : Majlis bermula

                     – Lagu Negaraku

                     – Doa Selamat

                     – Ucapan Pengetua

                     –  Acara Penyampaian Lencana                          

                            (a) Penolong Ketua kelas

                            (b) Ketua Kelas

                            (c) Pembimbing Rakan Sebaya

                            (d) Ketua Rumah Sukan

                            (e) Pengawas Sekolah

                            (f) Pengawas Pusat Sumber

                            (g) Pengawas

                     – Penyerahan Piagam Pengawas kepada

                            (a) Pengetua oleh Bekas Ketua Pengawas

                            (b) Ketua Pengawas oleh Pengetua

                     – Ucapan Ketua Pengawas

                     – Bacaan Ikrar

8.30 pagi : Nyanyian Lagu Sekolah

# Ucapan Puan Pengetua

 

# Acara penyampaian lencana kepada penerima oleh Puan Pengetua

 

# Saudari Shehmaa a/p Puniamurthy, Ketua Pengawas Sesi 2013  menerima lencana daripada Puan Pengetua

 

# Penyerahan Piagam Pengawas kepada Ketua Pengawas oleh Puan Pengetua

 

# Lafaz ikrar oleh barisan pemimpin pelajar

Jan 18

Kursus Kepimpinan Kokurikulum

Tarikh: 18/01/2013

Masa : 1.00 – 2.30 petang (Pelajar Sesi Pagi)

Tempat : Dewan Sekolah

Pelajar yang terlibat: AJK Permainan, Kelab / Persatuan & Unit Beruniform

Jan 16

Sesi Penyerahan Duit Bantuan Persekolahan RM100

Tarikh : 15/01/2013

Tempat : Kelas masing-masing

Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 telah disalurkan kepada akaun sekolah pada pukul 10.30 pagi 15/01/2013. Justeru, pihak sekolah telah membuat sesi penyerahan wang bantuan tersebut kepada ibu bapa serta penjaga murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mulai jam 11.00 pagi hingga 12.50 tengahari untuk murid sesi pagi manakala murid sesi petang bermula pada jam 1.00 hingga 3.00 petang. Sesi penyerahan wang bantuan tersebut berjalan dengan lancar atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

 

 

Jan 11

Kunjungan ACP Shaharon Anuar, Ketua Polis Batu Gajah

Masa : 7.30 – 9.00 pagi

Tempat : Dewan Sekolah

Pihak sekolah telah menerima satu kunjungan istimewa oleh ACP Shaharon Anuar bin Abdul Latif, Ketua Polis Daerah Batu Gajah pada pagi ini bagi program pemuafakatan bersama pihak polis dan sekolah. Beberapa orang pegawai polis turut serta bersama beliau yang amat dikenali ramai di kaca televisyen melalui drama bersiri Gerak Khas. Banyak yang dikongsikan oleh beliau bersama pelajar antaranya jenis-jenis jenayah, bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan malahan langkah-langkah bagi mengelakkan jenayah di kalangan murid sekolah. Kata – kata nasihat serta semangat turut dititipkan oleh beliau untuk seluruh warga Convent terutamnya anak-anak murid sekalian agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih 'sang saka biru'! Kalau sudi datanglah lagi…

Jan 10

Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2013

Jan 09

Mesyuarat Agung Permainan, Kelab/Persatuan dan Unit Beruniform

07/01/2013 – Mesyuarat Agung Permainan

08/01/2013 – Mesyuarat Agung Kelab & Persatuan

09/01/2013 – Mesyuarat Agung Unit Beruniform

Masa : 12.50 t/hari – 1.25 petang

Jan 02

Selamat kembali ke sekolah…

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga pendidik dan pelajar-pelajar SMK St. Bernadette's Convent bagi sesi persekolahan 2013 bermula 2 Januari 2013

Older posts «

» Newer posts